begitu kata-kata sms yang di terima dari pembantu rumah yang mesra dengan panggilan bibik. Bila Enon pulang dari tugas mengajar di sekolah tadi, bibik dan Shiera tiada di rumah. Shiera anak Enon berusia empat tahun. Di sangkanya bibik membawa Shiera ke taman permainan, seperti kebiasaan. Tanpa mencurigai apa-apa, Enon terus saja menunaikan solat Asar.
Sebaik dia memberi salam, telefonnya berbunyi dengan kemasukan sms tadi! Berdegup jantungnya! Mukanya pucat tanpa darah. Hampir-hampir saja dia pitam. Namun cepat2 Enon duduk kembali di sejadah, terus berdoa supaya anaknya selamat. Airmata mengalir laju membasahi pipi.
Dalam keadaan begitu, dia teringatkan bekas suaminya Azim! Sudah empat tahun tahun mereka bercerai. Sama usia dengan Shiera yang saling tak tumpah menyerupai wajah ayahnya. *dari Qimy* Enon masih ingat saat mereka mula-mula bertemu dahalu..azim merupakan seniornya di universiti. Berwajah tampan dan dengan susuk tubuh yang tegap, membuat azim memang terkenal dan digilai ramai pelajar perempuan termasuk rakan baiknya, Mira. *dari A hj dan Pakman* Dan sepanjang empat tahun berlalu Enon cuba melupakan Azim dari ingatannya. Perpisahan itu terlalu pahit buat Enon tapi apakan daya Shiera saban hari disisinya. Shiera adalah teman peluk dan teman tidurnya. Wajah yang seiras, cuma Shiera tidak ada misai dan janggut seperti ayahnya, adalah legasi dan memori indah dari jodoh mereka selama enam tahun. Di saat mereka bahagia dan romantis Enon selalu berbisik manja, yang misai dan janggut itulah yang menambat hatinya sejak pertemuan pertama mereka di kampus dulu.
Lamunannya terganggu tiba-tiba....*Sambungan dari Pp* Jam loceng dari bilik tidur berbunyi nyaring. Enon kehairanan! Tidak pernah pula dia memasang 'alarm' di sebelah petang. Dia menoleh ke arah jam di dinding, tepat 6.00petang. Bermakna sudah hampir setengah jam dia di sejadah. Bergegas Enon memasuki bilik tidur untuk mematikan bunyi jam loceng itu. Sekali lagi dia terkejut apabila ternampak satu nota bertulis tangan di lekatkan di muka jam. Tulisan berdakwat merah berhuruf besar berbunyi,
Enon percayakan bibik ni hampir seratus peratus, sebab itulah dia tak kisah kalau bibik bawa Shiera keluar sampai maghrib sekalipun ke taman permainan.
Penat menekan, akhirnya terjumpa nombor bibik yang dicari. Enon menekan button hijau untuk mendial. Alamak! kredit habis lah pulak........
"JANGAN BERITAHU SESIAPA! SEDIAKAN DUIT SEGERA!"
Dengan hati-hati, Enon menghampiri tingkap yang pecah. Matanya melilau memerhati di kawasan berlalang di belakang pagar dapur rumahnya. Tiada tanda-tanda ada manusia di situ! Dia memastikan pintu dapur berkunci dan meninggalkan untuk naik ke atas. Enon mengenakan pakaian *sambungan PP*, masih nekad untuk ke balai polis.
2. Bibik gementar!
Bibik memerhati Shiera dengan pandangan sayu. Ingin dia memberi kata-kata semangat supaya Shiera tidak ketakutan, tapi apakan daya mulutnya di sumbat dan di selotep rapi. Semakin dia meronta untuk melepaskan diri, semakin mencerut gari yang mengikat kedua tangannya. Dia tidak dapat bergerak! Badannya di ikat ke kerusi yang di ikat pula kepada jeriji besi tingkap bilik yang hanya mendapat sedikit cahaya dari luar. Tirai tingkap berwarna gelap begitu tebal sekali. Daun tingkap semua di tutup, dan bilik yang tidak berhawa dingin itu begitu panas dan merimaskan.
Di hujung bilik itu, Shiera terbaring di ikat kaki dan tangan serta mulutnya juga di tutup rapi dengan selotep.
Bibik dapat melihat air mata mengalir dari mata Shiera.
Dia memikirkan Ibu Enon, yang pastinya tercari-cari di mana mereka? Lantas dia merasa begitu bersalah kerana *sambungan dari Ummi* tega mengkhianati kepercayaan Ibu Enon yang selama ini terlalu baik dan mesra terhadap dirinya. Dia silap kerana terlalu mempercayai dan menyayangi lelaki durjana yang digelarnya kekasih itu. Nah! Kini, kepercayaan dan kasih sayangnya itu dibalas dengan tuba. Rupanya, selama ini dia cuma menjadi boneka dan umpan lelaki itu.
"Maafkan saya, Ibu Enon... maafkan bibik, Shiera.." Bibik merintih di dalam hati. Air matanya turut sama mengalir mengikut rentak tangisan Shiera.
*sambungan PP*
3. Azim gugup!
Ada kemalangan! Lega sedikit hati Azim bila menyedari punca kesesakan itu bukanlah kerana sekatan atau pemeriksaan polis. Sebaliknya, satu kemalangan di antara sebuah lori dan sebuah kereta Kancil. Azim ingin juga berhenti melihat apa berlaku, tetapi apabila teringatkan 'barang' yang tersembunyi di dalam beg plastik hitam yang di lekatkan di bahagian bawah chasis kereta yang dipandunya itu, dia terus saja beredar.
'Barang' itu sudah ada pelanggan yang menunggu untuk membelinya di Johor Baru. Azim tersenyum memikirkan satu juta ringgit yang bakal di perolehinya nanti. Satu juta!!! Banyak tu, untuk satu penghantaran.
Tiba-tiba lamunan Azim terhenti! Gugupnya datang kembali. Sebuah kereta peronda polis melintas keretanya, kemudian memperlahankan kelajuan dan lantas pula lampu kilauan biru di atas bumbung kereta dinyalakan. Kereta peronda polis itu memberi isyarat supaya Azim berhenti di tepi jalan.
"Steady now!! Jangan panik!" Azim mengingatkan dirinya sendiri.
4. Enon ketakutan!
Enon mematikan enjin kereta beberapa meter dari pintu pagar balai polis Gombak. Dia memerhati sekeliling. Jantungnya berdegup kencang. Hatinya terasa seperti dia di ekuri. Seorang lelaki berkaca mata hitam kelihatan melintas jalan menuju ke arah balai polis. Lelaki itu menoleh ke arah keretanya. Enon memerhatikan dengan debaran. Kemudian, dia ternampak pula sebuah kereta nissan berhenti lebih kurang 10 meter di belakang keretanya. Pemandu nissan itu mematikan enjin tapi tidak keluar dari kereta. Bertambah laju degupan jantung Enon. Tapak tangannya mula berpeluh. Begitulah kebiasaannya apabila dia di serang panik. Ketika itu, Enon bukan saja panik, dia seolah-olah paranoid! Dia mengesaki sesiapa saja yang berada di sekitar balai polis itu sebagai musuh yang melemparkan batu dengan amaran ke dalam rumahnya sebentar tadi! Enon menjadi takut! Satu perasaan yang jarang dirasainya. Sejak menjadi ibu tunggal, Enon telah belajar untuk berdikari dan melatih dirinya menjadi berani. Rakan-rakan nya sudah beberapa kali memuji keberaniannya. Dia berani tinggal keseorangan, berani menempuhi perbagai cabaran, dan berani menerima pelbagai tohmahan juga. Sebagi janda muda, Enon tidak terkecuali dari prasangka dan tuduhan manusia. Namun dia tetap berani kerana benar!
Di ketika dan saat itu di hadapan balai polis, tiba-tiba dia merasa takut! Dia paling takut dengan perasaan takut. *sambuangan dari NUR* Takut dgn tindakannya shiera akan menderita di tangan penculik durjana itu. Tekad & semangat untuk melapurkan hal itu kepada polis seolah-olah terbang melayang bagaikan dedaun kering... sesekali dirinya teringatkan suaminya Azim..apakah perlu dia menghubunginya?
"I cannot do this all alone!!"keluhnya dalam hati.
*sambungan dari Ummi*
Resah terus bermukim di jiwa Enon. Dia masih ragu-ragu dengan keputusannya untuk melibatkan pihak berkuasa dalam hal ini. Rasionalkah tindakan aku ini? Soalnya berkali-kali. Wajah anak kesayangannya, wajah Azim dan wajah bibik silih berganti bermain-main di ingatannya.
Ya Allah... dugaan apakah yang Kau berikan pada aku ini... Tanpa disedari, Enon mengeluh sendiri.
Tiba-tiba, Enon dikejutkan dengan kenyaringan deringan telefon bimbitnya. Lantas peluh dingin merenik di dahi Enon tatkala melihat nombor yang tertera di skrin telefon bimbitnya.
*Sambungan dari Pp*
"Bibik! Katakan Shiera selamat! Katakan kamu akan pulangkan Shiera!" berdebar-debar hati Enon melihat nombor Bibik di skrin telefonnya.
Sebaik telefon di telinganya, airmata berderai membasahi pipi Enon. Yang kedengaran sayup-sayup di hujung sana hanyalah tangisan dan jeritan Shiera. "Ya Allah, selamatkan anak aku! Ya Allah....!" hatinya berkata-kata, dan mulutnya pula bersuara, "Shiera......Shiera....ibu ada di sini! Shiera....ibu sayang Shiera!" Namun dia seperti tahu Shiera tidak dapat mendengar suaranya.
"Dengar baik-baik. Masukkan 100,000 ringgit ke dalam satu beg pelastik berwarna hitam. Masukkan ke dalam tong sampah di depan pintu masuk ke stesen LRT Melati. Kamu ada hingga jam 12 tengah hari besuk untuk berbuat demikian. Jika tidak, kamu tidak akan dapat mendengar suara Shiera!"
kata suara lelaki, garau! Sebelum Enon sempat bersuara, telefon telah di tutup lelaki itu.
Enon menggigil ketakutan. Buat pertama kalinya, dia betul-betul takut. Takutkan keselamatan Shiera. Takutkan kehilangan Shiera.
5. Azim ketakutan!
Azim memberhentikan kereta di belakang kereta peronda polis tadi. Dia membuka pintu dan keluar dari kereta. *sambungan dari Ummi*Riak wajahnya tenang dan bersahaja, tidak langsung menggambarkan ketakutan yang bersarang di dadanya. Senyuman diukir, melindungi kegugupan yang semakin melanda.
"Asalammualaikum, encik. Selamat petang," Azim menyapa pegawai polis yang semakin menghampirinya. Pegawai polis yang lengkap berseragam itu menjawab salam Azim tanpa secebis senyuman pun diberikan. Sesekali sepasang mata pegawai polis itu mengerling ke arah Pajero yang dipandu Azim.
Azim menelan liur. Tekaknya terasa kering. *sambungan Umi*
"Boleh tengok lesen?" pinta pegawai polis itu. Matanya memandang tepat wajah Azim.
"Boleh, Tuan," Azim cuba bertenang. Dia meraba-raba poket belakang seluarnya mencari dompet. Tak ada! Azim gugup. Otaknya jadi kosong buat sesaat dua. Dia terlupa di mana dia meninggalkan dompetnya.
"Ada apa-apa masalah?" soal pegawai polis itu, riak wajahnya sedikit curiga.
"Err... err... kejap saya terlupa di mana dompet saya... biar saya cuba tengok dalam kereta sekejap," peluh jantan membasahi belakang badan Azim. Jantungnya berdegup begitu kencang sehinggakan dia merasakan bahawa pegawai polis itu dapat mendengar degupan jantungnya itu.
*sambuangan Pp*
"Ok, cari lah dulu," kata pegawai polis sambil mengikuri Azim menghampiri Pajero. Sesekali, mata terlatih pegawai polis menjeling keadaan di dalam kereta ~ nampak kemas! Meneliti Azim ~ nampak seperti seorang berjawatan tinggi juga, kemas dengan kemeja lengan pendek berseluar khaki dan berkasut putih Nike. Tapi ada sesuatu yang mencurigakan. Pegawai polis merenung tajam ke arah tempat duduk penumpang. Dia juga mengelilingi Pajero memeriksa nombor plate kereta. Ada yang tak kena! Pegawai polis memberi isyarat kepada rakan setugas yang masih di dalam kereta peronda.
Ahirnya, Azim menemui dompetnya terselit di celah tempat duduk pemandu. Dia bernafas lega! "Tuan, ini lesen!" kata Azim menoleh kebelakang. Pegawai polis tidak lagi keseorangan, tapi berdua! Seorang dari mereka menerpa dan serta merta menggari tangannya.
"Kamu di tangkap kerana disyaki memandu kenderaan curi!"
"Mana ada! Kamu ni sudah melakukan tangkapan yang salah. Saya tahu undang-undang!" kata Azim dengan suara keras. Hatinya memang kegugupan. Bukan tuduhan memandu kereta curi yang dia takut, sebab dia memang pasti kereta itu miliknya. Tapi 'barang' yang tersembunyi di bawah tempat duduk penumpang itu yang membuat dia berpeluh dan gugup. Pegawai polis menarik Azim masuk ke dalam kereta peronda, dan mengunci pintu. "Bagi saya talifon bimbit kamu!" sergah pegawai berkumis melintang. Kedua pegawai polis membiarkan Azim di dalam kereta berkunci sementara mereka menunggu bantuan di luar kereta dan memeriksa Pajero.
"Minta hantar pasukan narkotik dengan segera lebuh raya selatan, kilometer 170, roger!" Sebaik Azim mendengar perbualan polis berkumis lintang dengan ibu pejabat, dia hampir sesak nafas! Tiba-tiba ayat "Hukuman gantung mandatori" terngiang-ngiang di kepalanya.
6. Bibik dan Shiera - cemas!
........SILA SAMBUNG MELALUI meninggalkan comment...saya akan copy paste untuk sambungan cerita ini.......ilham anda, cerita kita!.......
- I am looking for partners to be members of this blog. As members, you will be able to edit entries real time. We will co-own this blog for creative writing. If you are interested, just email to
jomcerita@gmail.com
"Boleh tengok lesen?" pinta pegawai polis itu. Matanya memandang tepat wajah Azim.
ReplyDelete"Bo..bo.. boleh, Tuan," Azim sedikit kalut. Dia meraba-raba poket belakang seluarnya mencari dompet. Tak ada! Azim semakin gugup. Otaknya jadi kosong buat sesaat dua. Dia terlupa di mana dia meninggalkan dompetnya.
"Ada apa-apa masalah, encik?" soal pegawai polis itu, riak wajahnya sedikit curiga.
"Err... err... saya... biar saya cuba tengok dalam kereta sekejap, Tuan," peluh jantan membasahi belakang badan Azim. Jantungnya berdegup begitu kencang sehinggakan dia merasakan bahawa pegai polis itu dapat mendengar degupan jantungnya itu.
"Tak apa, encik. Biar saya yang ambilkan. Encik beritahu saja di mana," kata-kata pegawai polis itu benar-benar menakutkan Azim. Ah! Celaka! Azim meraba-raba sepucuk pistol yang terselit di belakang seluarnya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu bertindak di luar rancangannya, tetapi, apakan daya.
abg ipin dah kena tag! :P
ReplyDelete